/* ini adalah untuk memasukkan google analytic* line 453/

Sunday, April 25, 2010

Stesen Keretapi Segamat


Semalam kami berenam termasuk emak, abah dan along pergi menziarahi Mak Uda Enon di Hospital Segamat. Kami sampai di Segamat jam 1.20 pm. Kami agak terlewat sampai ke Hospital Segamat kerana kami tidak tahu Hospital Segamat yang baru berada di Jalan Segamat- Yong Peng. Lokasinya adalah di bekas tapak penyiaran RTM. Sebaik saja kami sampai di hospital, Hairi menyambut kedatangan kami. Kat hospital kami sempat bertemu Amy & isteri, Liza dan anak along.  Kami sempat bersama Mak Uda Enon selama 20 minit aje. Alhamdulilah misi kami tercapai.Dengar khabarnya mungkin Mak Uda Enon terpaksa ke Hospital Sultanah Aminah, JB atau ke Hospital Besar Kuala Lumpur kerana mendapat rawatan lanjutan di sana. Kami doakan semoga Mak Uda Enon cepat sembuh. Balik dari lawatan tu..kami terus ke Stesen Keretapi Segamat. Bukan apa, saja nak tunjukkan kat Harrith. Pas tu kami singgah ke warung mak uda di Taman Bunga Raya. Kat warung kami sempat berjumpa, Pak Uda, Along, Abg Man, Bakyah, Masri, Liza, Abang, Lin dan anaknya. Kami dijamu makan nasi. Kami dapat juga ole-ole daripada Pak Uda iaitu minyak urut akar kayu. Semasa perjalanan balik kami sempat juga singgah di bandar Tangkak. Apalagi kalau bukan kerana kedai pakaiannya. Jadi emak dan abah dapat juga buah tangan kenangan di Tangkak. Tadi lupa nak bagi tau...sebelum sampai di segamat kami menjamu selera di kg paya mas. Yang istimewa di sini, makan cendol kalau habis boleh tambah lagi dengan percuma.

Pertandingan Bola Tampar MSS


Gambar nie aku ambil semasa menghantar pasukan bola tampar sekolah ke pertandingan Bola Tampar MSSD di SMK Mahaad dan SJKC Chuwa 3 di Muar. Kami sekdar berpuas hati dengan corak permainan pada game ketiga pada hari ke-2. Walaupun tewas, mereka mendapat hadiah menaiki keretapi di Tanjong Emas. Semoga pada masa akan datang pasukan kita akan lebih cemerlang.

Lawatan YB Dato Noraini Ahli Parlimen Parit Sulong

Aku berasa amat terharu dengan kedatangan YB Dato Noraini ke teratak kami di Pt Kuda. Keperihatinan YB Dato kami ucapkan terima kasih. Pada hari  yang sama, kami ada menghadiri majlis perkahwian anak Pak Iman Surau Darat (Wak Lan) dan pada awal paginya pula  aku menziarahi jiran sekampung yang meninggal dunia. Alhamdulilah, semuanya dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Wednesday, April 21, 2010

Tarzan Parit Kuda

Gambar nie dah lama nak aku post dalam blog ini. Lagipun semalam dah janji dengan Aiman nak masukkan gambar dia dengan Harrith. Yelar...mereka berdua nie....bercita-cita nak jadi tarzan. Mungkin dalam filem je kot. Harrith yang selama ini tidak pernah panjat pokok pun dah boleh panjat. Dia orang nie memang rapat pun.

Sunday, April 11, 2010

Facebook Vs Blog

Salam untuk semua. Terlebih dahulu aku ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kerana sudah agak lama tidak menulis dalam blog ini. Itulah sebenarnya kelemahan aku. Kalau tengah bersemangat hingga sanggup melupakan hal-hal lain. Tapi kalau dah puas aku cepat kebosanan. Apatah lagi kalau ada dah dapat penerokaan yang baru. Yelar...sekarang nie aku tengah kemaruk ber"facebook". Sebenarnya banyak cerita nak dimuatkan tapi kesempatan tiada kerana tarikan nak berfacebook lebih kuat daripada berblog. Bagi pengunjung blog "Tentang Aku" yang setia kuucapkan jutaan terima kasih kerana tidak jemu-jemu menyinggah di blog aku.
Untuk entri berikutnya aku cuba memuatkan perkembangan terbaru tentang diri aku. Sekian, terima kasih. Hingga kita berjumpa lagi dilain entri. Wassalam.