/* ini adalah untuk memasukkan google analytic* line 453/

Sunday, August 29, 2010

Lawatan Ke Melaka Bandaraya Bersejarah

Salam 1 Malaysia buat semua pengunjung setia blog ini . Hampir beberapa bulan aku telah mengabaikan blog ini. Peristiwa mengenai lawatan ini pun sebenarnya telah dibuat pada bulan Julai yang lalu. Semenjak kami berpindah balik kampung ini baru pertama kali kami sekeluarga dapat beristirehat membawa anak-anak bersiar-siar di hujung minggu. Kesian jugak tengok anak-anak yang asyik terperap di rumah. Melaka menjadi pilihan kerana faktor masa. Kami perlu pulang ke rumah sebelum pukul 7 malam. Tambahan pula kami bertolak agak lewat iaitu pada waktu tengahari. Ini bukan kali pertama kami ke Melaka tapi lawatan kali ada sesuatu yang membuat kami berasa agak seronok. Kami berpeluang menaiki bot menyusuri sungai Melaka. Kami tertarik melihat pemandangan lukisan pada dinding belakang kedai di kiri dan kanan sungai. Perjalanan menaiki bot itu mengambil masa lebih kurang 45 minit. Kami turun di jeti terakhir berhampiran dengan replika kapal portugis.Kami tidak melepaskan peluang memasuki semua muzium yang ada di situ. Kami sempat juga mengunjungi kedai-kedai kraftangan dan makanan yang ada.