/* ini adalah untuk memasukkan google analytic* line 453/

Thursday, May 18, 2017

Jom Meracun Rumput

Hari ini cuaca memang agak elok.  Aku sememangnya mengharapkan cuaca sebegini kerana rumput-rumput sekeliling rumahku sudah semakin meliar. Maklumlah, sebelum ini cuaca asyik hujan je. Aku terpaksa menggunakan mesin pam biasa memandangkan mesin penyembur racun bermotor tu ada masalah.

Pam Tangan vs Pam Bermotor

Dalam masa dua jam dapatlah aku menyelesaikan kerja meracun rumput dan semak samun di sekeliling rumah. Aku telah menggunakan 5 tong bancuhan racun. Rasanya malam nanti memang bahu terasa sengal akibat mendukung tong racun.  Bayangkan kalau pada ketika ini bulan Ramadhan. 

Tanahku..Tanah Isteriku..

Alhamdulilah...Urusan pindah milik tanah atas namaku telah pun selesai. Semalam aku telahpun mengambil geran tanah tersebut di Pejabat Tanah Daerah Batu Pahat.  Walaupun tidak seluas mana, namun kepuasan kerana sempat juga membeli tanah kosong untuk hari tua sebagai kenang-kenangan. Yang menariknya, sebidang tanah ini juga terdapat nama isteriku. Separuh bahagian milik isteriku dan separuh lagi milik aku. Kira macam tanah itu milik kami bersama.