/* ini adalah untuk memasukkan google analytic* line 453/

Saturday, May 23, 2015

Aktiviti Sebelum Cuti Sekolah

Cuti sekolah pertengahan tahun hampir bermula. Diri aku terasa amat letih dan stress.  Almaklumlah sejak dua minggu lalu sudah dibebani dengan pelbagai tugasan yang rutin dan bukan rutin.  Bermula 11 Mei hingga 14 Mei merupakan minggu peperiksaan peperiksaan pertengahan tahun. Minggu nie memanglah tiada PdP tetapi selepas itu aku terpaksa menyiapkan diri untuk menanda kertas-kertas jawapan peperiksaan.   Hurm.....aku mengajar 4 kelas....Tahun 6B, 5B, 4A dan 2A.   Untuk murid-murid Tahap 2, Matematik ada 2 kertas.  Manakala untuk tahun 6B aku juga mengajar subjek Pendidikan Jasmani. Secara puratanya setiap kelas ada 25 orang, maka boleh tahan juga hendak kena menanda...Khabarnya keputusannya perlu di key-in sebelum cuti sekolah.

18 Mei pula aku dikehendaki menghadiri taklimat penandaan ketas 2 Matematik di SK Ismail 2, Muar.

20 Mei hingga 21 Mei pula aku perlu menghadiri kursus Penyebaran KSSR Matematik Tahun 6

23 Mei aku pula berada di Dewan SK Bukit Pasir kerana menghadiri taklimat mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21.  Petangnya pula aku dan abah pergi berjumpa iman Masjid Nurul Huda, di Parit Ibrahim, Bagan kerana urusan upah haji arwah emak.

Selesai urusan tersebut, Ezzaty telefon suruh jemput dia di Giat Mara, Sarang Buaya setelah mengikuti rombongan Giat Mara di Umang-umang, Melaka.

Sebelah malam pula, aku sudah merasakan stress dan mengalami migrain...sebab banyak kerja yang belum diselesaikan terutama penandaan kertas peperiksaan.

Nasib baik pagi tadi GB maklumkan program Bicara Pendidikan bersama ibu bapa murid Tahun 6  yang sepatutnya diadakan pada 25 Mei ditangguhkan.  Kalau hendak diikutkan, minggu ini kumplan kami bertugas dan aku kena berucap di perhimpunan mingguan namun memandangkan kumpulan kami telahpun bertugas pada minggu ke-16 mengganti kumpulan tersebut ramai yang terlibat dalam sofbol.  Jadi, untuk minggu ke-19 kumpulan yang bertugas adalah kumpulan minggu ke-16.

Hari ini aku rancang hendak pergi ke Majlis Agama Batu Pahat..Nak ambil borang permohanan....Bukan permohonan nikah lagi...tapi bantuan yang baitulmal bagi untuk anak-anak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti.




Tuesday, March 17, 2015

Hari ini aku menjemput along selepas pergi melawat ke rumah anak muridku, Lily yang telah kematian bapanya.  Lily sebenarnya baru 3 minggu berpindah masuk ke kelas 5 Cerdas.  Sebelum ini Lily bersekolah di sebuah sekolah di Perak.  Di sini aku tidak mahu menceritakan tentang lebih lanjut mengenai Lily. Bak kata pepath, 'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'. Cuma aku doakan yang terbaik buat Lily dan semoga roh ayahnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin.

Berbalik tentang along tadi, kubawa along ke rumahku.  Selepas itu kami sekeluarga bersama along pergi ke bandar Batu Pahat bagi membantu along menyelesaikan beberapa masalah tentang hal-hal yang berkaitan dengan KWSP dan ASBnya.   Alhamdulilah semuanya dipermudahkan dan selesai seperti mana yang telah dirancang.

Sebagai mana yang telah dirancang, program kami seterusnya adalah untuk pergi berkelah bersama Uda di Gunung Belumut.  Kami bertolak ke rumah Uda sekitar pukul 8 malam dan tiba di rumah Uda pukul 9.30 malam.  Kedatangan kami memang ditunggu oleh Uda dan Tira.  Kami sempat makan malam berlaukkan labu masak lemak, ikan goreng dan sambal belacan.  Walau sungguh simple tapi sungguh menyelerakan.

Selepas makan makan, kami berehat seketika sambil menonton tv. Setelah itu kami terus tidur kerana keesokkan paginya kami akan ke Gunung Belumut.


Setelah solat subuh dan bersarapan, kami mula memulakan langkah untuk berkelah di Gunung Belumut. Nampakkan pintu pagar rumah Uda dan terbuka....menunggu masa untuk berkonvoi ke Gunung Belumut.


Wednesday, February 4, 2015

Pergh....rasanya sudah berabuk blog aku nie...Tahun ini aku berazam nak tulis walaupun sedikit..Yang penting aku ingin berkongsi cerita dengan rakan-rakan di luar sana...Ketika menulis ini aku sedang menonton perlawanan bola sepak antara JDT dengan Bengaluru...Perlawanan masih dalam masa tambahan kedua. Memang puas dan seronok menonton perlawanan pada malam ini. JDT memang terbaik!!!