/* ini adalah untuk memasukkan google analytic* line 453/

Wednesday, May 5, 2010

Jemputan dan ziarah di Kluang

Pada minggu lepas (2 Mei 2010) aku bersama abah, mak dan long pergi ke Kluang kerana menghadiri majlis perkahwinan anak Mak Yah & Ciq Yan. Sebelum ke Ulu Pengeli (rumah pengantin), kami sempat menyinggah  rumah Uda & Mail di Taman Orkid. So.. kami berkonvoi dengan dua buah kereta ke Felda Ulu Pengeli. Udin ada kelas taekwando manakala Ika ditanggungjawabkan untuk menjaga Udin. Dengar khabarnya Udin dah tali dapat pinggang merah nak amek tali pinggang hitam. Leh lah nanti sparing dengan ezzaty. Kami sampai di rumah pengantin dalam pukul 1230 tgh. Memang tengah time makan. Kebetulan pulak tu....kami (terutama aku) memang tengah lapar. Lagipun lauk pauknya boleh tahan sedap. Apa lagi...memang datang disuruh makan. Bukan suruh tengok lauk tu....Khabarnya lauk pauk serta nasi pada hari itu dimasak oleh bapa pengantin di bantu oleh besannya semalam-malaman. Jadi si bapa pengantin (ciq yan) tak tido-tido hingga ke hari majlis berlangsungnya perkahwinan anak perempuannya itu. Nape? Khabarnya, ciq yan x puas ati dengan jamuan pada perkahwinan anaknya yang pertama dulu. Apa-apa hal pun, tahniah. Kira hebat tu. Nasib baik pandai masak.Di majlis tu, kami sempat berjumpa sedara mara. Malah ada di antaranya baru aku kenal.  Kami pulang sebelum sempat melihat majlis persandingan pengantin kerana malas nak menunggu kerana selepas nie kami nak ziarah ke rumah ajid (sepupu aku).  Selama ini aku memang x pernah datang ke rumah dia. Rumah dia di No.25, Jalan Canggih 9, Taman T6, Kluang. Kami pun x lama di situ kerana ajid sibuk merewang (jiran depan umah buat kenduri kahwin). Sebelum balik ke rumah, kami sekali lagi singgah di rumah uda. Aku sempat jak terlelap. Semasa balik, kami singgah ke rumah ucu di Parit Besar kerana menghantar bontrotnya (Ucu kirim je melalui emak). Pas tu kami, balik melalui jalan Parit Samak dan keluar ke jalan utama melalui jalan Parit Simen Darat. Kini baru kutahu kat mana jalan Parit Samak dan Parit Siba. Lain kali leh aku bawa isteriku lalu ikut jalan tersebut. Dia pun nak tau. Almaklumlah, walaupun kami orang sini, tapi baru pindah. Terima kasih kepada semua yang sudi melayan kami.

0 comments: