/* ini adalah untuk memasukkan google analytic* line 453/

Monday, January 18, 2010

Panorama Sepanjang Perjalanan Ke Sekolah

Kali ini aku ingin memaparkan beberapa pemandangan yang boleh dinikmati sepanjang perjalanan aku ke sekolah. Sebenarnya pelbagai laluan yang boleh aku ikuti kerana banyak jalan potong. Ini adalah jalan utama yang mesti aku tempuhi iaitu kampung Sarang Buaya. Antara yang menarik di kawasan ini ialah ada sawah padi. Kawasan ini juga terkenal dengan Agrotourismnya. Di sini juga ada homestay. Kelihatan bot-bot nelayan di tepi sungai Sarang Buaya. Sungainya agak lebar dan bersih serta tenang. Bagi yang gemar memancing aku sarankan cubalah memancing di sini. Jangan terpancing buaya sudah lar.

Selepas Sarang Buaya, aku akan melewati Pekan Baru (Parit Yusof). Antara yang menarik di pekan ini ialah Pasar Lambak yang diadakan setiap hari Rabu. Di Pekan Baru ini aku mempunyai dua pilihan laluan. Aku boleh mengikuti Jalan Parit Yusof Darat atau terus melalui jalan utama Batu Pahat-Muar. Sekiranya aku mengikuti Jalan Parit Yusof Darat, aku akan membelok ke kiri melalui jalan Parti No.3. Di sini terdapat Kilang Mas Cotek. Tetapi sekiranya aku mengikuti jalan utama tadi aku boleh memintas jalan melalui Jalan Sg.Gresik. Di sini kita boleh melihat Kolam Air Panas Sg. Gresik. Di sepanjang jalan utama ini kita boleh memintas melalui jalan-jalan kampung menghala ke darat yang ada dan terus ke mengikuti jalan benteng sehingga ke Kg Seri Menanti Darat. Di persimpangan ini ada pondok kawalan keselamatan kampung dan juga mini jeti di dalam sungai sepanjang benteng tersebut. Untuk makluman kalian, kebanyakkan rumah-rumah orang kampung di sini kebanyakkannya rumah batu mereka besar mengalahkan banglo. Yelar...memang pun sebab masing-masing memiliki kebun kelapa sawit yang luas. Akan datang aku akan paparkan beberapa gambar yang menarik untuk tatapan kalian semua. Persekitaran yang menghijau dan segar. Sejuk mata memandang. Tenang.

0 comments: