Sebenarnya kami dah lama teringin nak tengok gajah di Kuala Gandah. Kebetulan pulak rumah Icam berdekatan dengan tempat tersebut (kira-kira 20 kilometer aje). Kami bertolak dengan menaiki 2 buah kereta. Abg Mail dan Along menjadi jurupandu kami. Perjalanan pergi kami melalui HW karak. Perjalanan tersebut merentasi kawasan hutan dan perkampungan orang asli. Terdapat juga 2 kawasan kolam untuk memancing yang agak besar. Kolam yang paling ramai pengunjung dan besar ialah Kolam Memancing Sok Mek. Ada Chalet ala rumah orang asli. Tiba di Santuari Gajah kami terus ke kaunter pendaftaran untuk mendapatkan pas masuk (pelekat). Masuk adalah percuma. Oleh kerana kami datang pada pukul 3 pm maka kami terlepas peluang untuk mengikuti aktiviti yang disediakan iaitu menunggang dan mandi bersama gajah. Tapi kami sempat melihat gajah secara lebih dekat. Kami melihat gajah-gajah tersebut makan empulur batang pisang, kencing dan berak. Perghh...punyer lar banyak air kencing dan besarnya tahi gajah tersebut. Setelah mengambil gambar dan agak puas kami bercadang untuk membuat lawatan ke Deerland Park. Sebaik sahaja sampai di sana kami ke pintu masuk. Kami dikenakan bayaran RM5(dewasa) manakala RM3(kanak-kanak).Rupa-rupanya bukan rusa sahaja yang ada di sini tetapi pelbagai jenis haiwan yang lain seperti kancil, rusa belang, burung puyuh belanda, rusa malaysia, ular, monyet, beruang, hamster, unggas dan arnab.
Mula-mula kami ke kandang rusa. Tempat inilah yang paling teruja kerana rusa-rusa yang ada di sini mengerumuni kami untuk merebut makanan. Ada beberapa ekor rusa sanggup menggigit baju kami, menjilat tangan kami serta memangat ke arah kami. Kami terjerit-jerit kegelian. Seronok betul. Kemudian kami pergi ke tempat rusa malaysia. Habis dijilat kedua-dua belah tangan. Kesat sungguh lidah rusa tu. Selepas itu kami ke tempat ular. Cuma Ezzaty sahaja yang berani melilit ular sawa itu di tengkuk. Akhir sekali Ezzaty dan Farhanny bergambar dengan beruang yang sedang asyik mencari anai-anai pada batang kayu. Setelah hampir dua jam membuat lawatan tersebut, kami pun balik. Kami balik mengikuti jalan biasa melalui Gugusan Felda Mempaga.
0 comments:
Post a Comment