/* ini adalah untuk memasukkan google analytic* line 453/

Thursday, December 31, 2009

Tahun Baru 2010

Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua pengunjung/pembaca blog 'Tentang Aku'. Semoga tahun 2010 memberi rahmat kepada semua. Sebagai pembuka tirai 2010, aku sepertimana ibu bapa yang lain mulai sibuk menguruskan hal-hal persekolahan anak-anak. Tambahan aku dan anak-anak masih belum biasa dengan keadaan di sekolah baru. Seawal pagi jam 7.30, aku telahpun berada di pekarangan SK Peserian. Aku memang sengaja datang awal ke sekolah itu adalah untuk memberi penerangan dan panduan kepada anakku, Farhanny, tentang sekolah barunya. Mula-mula aku tunjukkan bilik darjahnya. Farhanny di tempatkan ke dalam kelas 4 Ibnu Khaldun. Selepas itu aku tunjukkan di mana kantin, tandas, pejabat dan sebagainya. Akulah orang pertama yang menanti giliran untuk membuat pembayaran yuran. Setelah memperkenalkan diri kepada guru kelasnya ( Pn. Hasleena) dan selesai membuat pembayaran aku pulang ke rumah untuk membawa Ezzaty ke SMK Dato Onn pula. Setelah sampai di SMK Dato Onn aku terus ke pejabat untuk bertanyakan di kaunter mana aku perlu mendaftar dan membuat pendaftaran. Semasa berjalan masuk tadi, aku ada membaca pandu arah untuk mendaftar. Kaunter pendaftaran di buka mengikut sekolah asal di Tahun 6. Memandangkan Ezzaty sememangnya telah ditawarkan Kelas Rancangan Khas oleh PPD Pasir Gudang maka aku juga memohon penempatan setara di SMK Dato Onn. Setelah bercakap dengan guru yang berkenaan, rupa-rupanya pendaftaran pelajar KRK di SMK Dato Onn dibuat pada hari esok (Sabtu). Perggh...buat penat aje...aku berkejar-kejar dari SK Peserian ke SMK Dato Onn. Setelah itu aku pun pergi bertugas ke SK Pt Nawi. Aku sampai di SK Pt Nawi jam 10 am. Hanya satu masalah yang tinggal iaitu di mana sekolah Harrith. Sebenarnya aku nak sekolahkan Harrtih di Pra SK Pt Nawi tapi dia tak nak ikut dan payah nak bangun awal pagi manakala aku pula terpaksa pergi sekolah awal pagi. Farhanny tidak jadi masalah kerana sekolah dia bermula pada pukul 7.15 am. Jadi, sekoklah Harrith aku KIV dulu. Itulah kisah aku pada hari pertama tahun 2010.

Tuesday, December 29, 2009

Mesyuarat/Taklimat Awal Tahun Persekolahan 2010


Pada pagi ini aku menghadiri mesyuarat/taklimat awal tahun persekolahan 2010. Pada masa inilah aku dapat menatap wajah dan mengenali semua rakan atau ahli keluarga SK Parit Nawi termasuk GPK dan Guru Besar. Tidak keterlaluan kami di sini lebih bersikap kekeluargaan. Pada masa ini juga, aku menerima jadual waktu mengajar. Aku terkejut jugak kerana aku hanya mendapat 19 waktu mengajar sahaja. Matapelajaran teras yang aku ajar hanyalah Matematik Tahun 1 sahaja. Yang lainnya adalah PJ. Aku bersyukur kerana walaupun sekolah ini kecil tapi guru amat mencukupi. Bilangan murid keseluruhan adalah 193 orang sahaja. Aku tidak lagi menjadi guru kelas. Aku berazam untuk memberi sumbangan dan menjadi guru terbaik di sekolah ini.

Sunday, December 27, 2009

Bertugas Di Sekolah Baru


Hari ini merupakan hari pertama aku bertugas di sekolah baru. Bermacam-macam perasaan yang bermain di fikiranku. Maklumlah dalam suasana yang baru. Setelah bersarapan aku memulakan perjalanan aku ke sekolah dengan hanya menaiki motosikal. Tepat pukul 7.29 am aku telahpun sampai. Aku adalah orang yang pertama sampai di sekolah. Memang sengaja aku datang awal. Kehadiranku diikuti oleh pekerja-pekerja am. Sempat bersembang dengan mereka. Pukul 8 pagi barulah pejabat di buka. Sesi persekolahan yang baru ini, rupanya kebanyakkan staf-staf adalah orang baru. Setelah itu seorang demi seorang guru lama datang dan kami berkenalan. Mereka menyambut aku dengan baik sekali. Aku rasa sungguh selesa dan gembira. Aku teringin nak hantar kedua-dua anak aku belajar di sekolah yang aku rasakan sungguh ceria dan kondusif.

Sunday, November 29, 2009

Santuari Gajah dan Deerland Park Kuala Gandah



Sebenarnya kami dah lama teringin nak tengok gajah di Kuala Gandah. Kebetulan pulak rumah Icam berdekatan dengan tempat tersebut (kira-kira 20 kilometer aje). Kami bertolak dengan menaiki 2 buah kereta. Abg Mail dan Along menjadi jurupandu kami. Perjalanan pergi kami melalui HW karak. Perjalanan tersebut merentasi kawasan hutan dan perkampungan orang asli. Terdapat juga 2 kawasan kolam untuk memancing yang agak besar. Kolam yang paling ramai pengunjung dan besar ialah Kolam Memancing Sok Mek. Ada Chalet ala rumah orang asli. Tiba di Santuari Gajah kami terus ke kaunter pendaftaran untuk mendapatkan pas masuk (pelekat). Masuk adalah percuma. Oleh kerana kami datang pada pukul 3 pm maka kami terlepas peluang untuk mengikuti aktiviti yang disediakan iaitu menunggang dan mandi bersama gajah. Tapi kami sempat melihat gajah secara lebih dekat. Kami melihat gajah-gajah tersebut makan empulur batang pisang, kencing dan berak. Perghh...punyer lar banyak air kencing dan besarnya tahi gajah tersebut. Setelah mengambil gambar dan agak puas kami bercadang untuk membuat lawatan ke Deerland Park. Sebaik sahaja sampai di sana kami ke pintu masuk. Kami dikenakan bayaran RM5(dewasa) manakala RM3(kanak-kanak).Rupa-rupanya bukan rusa sahaja yang ada di sini tetapi pelbagai jenis haiwan yang lain seperti kancil, rusa belang, burung puyuh belanda, rusa malaysia, ular, monyet, beruang, hamster, unggas dan arnab.

Mula-mula kami ke kandang rusa. Tempat inilah yang paling teruja kerana rusa-rusa yang ada di sini mengerumuni kami untuk merebut makanan. Ada beberapa ekor rusa sanggup menggigit baju kami, menjilat tangan kami serta memangat ke arah kami. Kami terjerit-jerit kegelian. Seronok betul. Kemudian kami pergi ke tempat rusa malaysia. Habis dijilat kedua-dua belah tangan. Kesat sungguh lidah rusa tu. Selepas itu kami ke tempat ular. Cuma Ezzaty sahaja yang berani melilit ular sawa itu di tengkuk. Akhir sekali Ezzaty dan Farhanny bergambar dengan beruang yang sedang asyik mencari anai-anai pada batang kayu. Setelah hampir dua jam membuat lawatan tersebut, kami pun balik. Kami balik mengikuti jalan biasa melalui Gugusan Felda Mempaga.

Saturday, November 28, 2009

Destinasi Percutian ke Bentong, Pahang



Salam untuk semua pembaca. Mohon maaf le sebab dah lama tak updatekan blog aku nie. Destinasi percutian kali ini adalah ke Bentong, Pahang. Perjalanan kali ini bermula dari Senai setelah bersarapan di Felda Ulu Tebrau. Dari Senai terus ke Simpang Ampat, Melaka. Setelah membayar tol sebanyak RM27.50, kami terus menuju ke Tampin. Kami meneruskan lagi perjalanan melalui Kuala Pilah ke Bentong. Untuk makluman kalian, ini merupakan perjalanan pertama melalui Kuala Pilah. Sempat juga aku membeli sekeping peta Malaysia sebagai panduan. Tengok dalam peta macam senang je...Tapi bila dah lalu...Perghhh...jalannya punya lar mencabar....banyak betul selekoh dan dikelilingi bukit bukau serta kawasan hutan. Terasa lama benar perjalanan tersebut. Setelah hampir 6 jam barulah kami tiba di Pekan Karak. Kami berhenti seketika di Petronas Karak kerana aku terpaksa gi ke tandas. Setelah itu kami meneruskan perjalanan ke Sertik dan Mempaga. Tiba di Mempaga kami di sambut oleh Is. Is mengiringi kami ke rumah Icam di No.87, Jalan Persiaran Pandan 4/1 Felda Jaya, Mempaga Timur, 28700 Karak.

Monday, September 14, 2009

Pantasnya Masa Berlalu

Hari ini genaplah 25 hari umat Islam berpuasa. Suasana hari raya semakin terasa. Baru kusedari masa bergerak begitu pantas. Kuimbas kembali segala peristiwa yang berlaku pada awal tahun; seolah-olah baru semalam berlalu. Masih segar. Masih banyak perkara yang belum diselesaikan. Bila aku menghitung hari, sekarang ini kita telahpun berada di pertengahan bulan September. Ini bererti bulan hadapan adalah bulan Oktober. Bulan terakhir sesi persekolahan. Dah hampir cuti akhir tahun. Pantasnya masa berlalu.