Assalamuaikum semua...Hari ini terasa ingin memblog...Lagipun ada bahan nak dipostkan di sini..Kali ini hendak berkongsi cerita tentang pengalaman saya menyawit dengan menggunakan gerabak. Ya...baru ambil gerabak tersebut semalam di bengkel Wahid. Wahid ini memang mekanik aka jurutera gerabak. Semua jenis gerabak dan seumpamanya dia boleh bikin. Gerabak hasil ciptaan dia selalu menang dalam pertandingan lumba gerabak yang diadakan pada setiap tahun. Tapi di sini bukan saya hendak bercerita pasal gerabak wahid..tapi tentang gerabak saya..Sebenarnya gerabak ini saya gunakan untuk membawa keluar buah sawit dari kebun yang tidak seberapanya. Gerabak terpaksa digunakan memandang pokok sawit sudah memula membesar serta mengeluarkan hasilnya. Bagi mereka yang sudah biasa dengan gerabak memang tidak menjadi masalah mengendalikannya. Tapi bagi saya yang pertama kali membawanya...memang merupakan pengalaman yang cukup menarik dan seronok. Kerja-kerja membawa keluar buah sawit pun jadik mudah.
Tunjuk Ajarku Sifu Boy
-
Salam 1Malaysia. Terlebih dahulu saya menyusun sepuluh jari memohon ampun
dan maaf kerana sudah lama tidak menulis dalam blog ini. Lagpun aku
telahpun mena...
14 years ago