/* ini adalah untuk memasukkan google analytic* line 453/

Thursday, May 18, 2017

Jom Meracun Rumput

Hari ini cuaca memang agak elok.  Aku sememangnya mengharapkan cuaca sebegini kerana rumput-rumput sekeliling rumahku sudah semakin meliar. Maklumlah, sebelum ini cuaca asyik hujan je. Aku terpaksa menggunakan mesin pam biasa memandangkan mesin penyembur racun bermotor tu ada masalah.

Pam Tangan vs Pam Bermotor

Dalam masa dua jam dapatlah aku menyelesaikan kerja meracun rumput dan semak samun di sekeliling rumah. Aku telah menggunakan 5 tong bancuhan racun. Rasanya malam nanti memang bahu terasa sengal akibat mendukung tong racun.  Bayangkan kalau pada ketika ini bulan Ramadhan. 

Tanahku..Tanah Isteriku..

Alhamdulilah...Urusan pindah milik tanah atas namaku telah pun selesai. Semalam aku telahpun mengambil geran tanah tersebut di Pejabat Tanah Daerah Batu Pahat.  Walaupun tidak seluas mana, namun kepuasan kerana sempat juga membeli tanah kosong untuk hari tua sebagai kenang-kenangan. Yang menariknya, sebidang tanah ini juga terdapat nama isteriku. Separuh bahagian milik isteriku dan separuh lagi milik aku. Kira macam tanah itu milik kami bersama.



Friday, March 31, 2017

Assalamuaikum semua...Hari ini terasa ingin memblog...Lagipun ada bahan nak dipostkan di sini..Kali ini hendak berkongsi cerita tentang pengalaman saya menyawit dengan menggunakan gerabak.  Ya...baru ambil gerabak tersebut semalam di bengkel Wahid.  Wahid ini memang mekanik aka jurutera gerabak.  Semua jenis gerabak dan seumpamanya dia boleh bikin. Gerabak hasil ciptaan dia selalu menang dalam pertandingan lumba gerabak yang diadakan pada setiap tahun. Tapi di sini bukan saya hendak bercerita pasal gerabak wahid..tapi tentang gerabak saya..Sebenarnya gerabak ini saya gunakan untuk membawa keluar buah sawit dari kebun yang tidak seberapanya.  Gerabak terpaksa digunakan memandang pokok sawit sudah memula membesar serta mengeluarkan hasilnya. Bagi mereka yang sudah biasa dengan gerabak memang tidak menjadi masalah mengendalikannya.  Tapi bagi saya yang pertama kali membawanya...memang merupakan pengalaman yang cukup menarik dan seronok.  Kerja-kerja membawa keluar buah sawit pun jadik mudah. 

Inilah saya..walaupun letih..namun terasa gembira...