/* ini adalah untuk memasukkan google analytic* line 453/

Tuesday, August 23, 2016

Hari ini aku nak ceritakan pasal..kononnya aku ada hutang tertunggak dengan Bendahari UTHM...Yelar...selagi kita nie masih berhutang dengan pihak universiti...selagi itu kita x boleh konvo..Akhirnya setelah aku mengemukan segala dokumen dan bukti pembayaran..so hari ini...aku skrinsyot web epayment aku ..


Alhamdulilah...selesai satu masalah...Tinggal menunggu hari esok atau lusa...atau mungkin dalam waktu terdekat....Ya Allah...Engkau permudahkanlah segala-galanya. Agar aku dapat memulai cita-cita aku yang satu lagi yang telah lama aku tinggalkan.

Friday, August 19, 2016

Hari ini terasa nak update blog TENTANG AKU yang rasanya dah lama bersawang.  Yelar,..terasa nak berkongsi cerita dan perkembangan terkini tentang aku.

Mungkin belum terlewat untuk aku menceritakan tentang usaha-usaha aku untuk memastikan agar aku dikonvokesyen pada bulan Oktober ini nanti. Sebenarnya aku memang nak sangat berkonvo pada tahun ini....tapi dengan sikap acuh x acuh aku dengan syarat2 yang perlu dilakukan bagi membolehkan aku konvo pada tahun ini.  Puncanya kerana aku menangguh-nangguhkan penghantaran tesis berjilid.  Bayangkan..aku telah mendapat tahu bahawa aku telahpun lulus semua subjek dan tesis tersebut pada bulan Mac yang lalu.



Ini sebahagian je (xkn nak tayang semua semester..) yang penting dah cukup 40 kredit....

Sememangnya dari sehari ke sehari aku ingin menjilid dan menghantar tesis tp terasa macam malas pula...Semua suruh aku gi cepat2 jilid termasuk CEC, Fakulti, isteri dan juga rakan-rakan.  Entah ek...satu perangai buruk aku nie..kalau benda tu dah bertangguh....lagi aku malas hendak buat. Alamatlah...berkurun baru nak aku review balik Bukan langsung x ambil kisah....cuma kemalasan yang melanda dan macam dah hilang semangat.  Fikir2 kalau ada master...gaji pun bukannya naik.


Entah macam mana pada suatu hari tanggal 30 Julai 2016...ada tetamu yang datang ke rumahku. Kuamati betul-betul tetamu itu...rupanya Ustz Rohaidi (coursemate,,,tapi dah konvo tahun lepas).  Aku dah x boleh mengelak lagi. Sebenarnya kedatangan ustz adalah untuk menziarah aku sambil memulangkan barang-barang milikku (buku2 dan cop) yang ada dalam simpanan ustz.  Ustz bagi tahu dia nak pulangkan semua hak orang yang ada padanya kerana beliau hendak berangkat ke Mekah bagi menunaikan fardhu haji.  Alhamdulilah...aku mendoakan agar ustz dapat mengerjakan ibadah haji yang marbur. Disamping itu aku mohon ustz doakan kejayaan aku terutama dapat konvokesyen nanti. Dengan kata2 dan nasihat ustz aku pulihkan semangat aku untuk memastikan aku dapat berkonvokesyen pada tahun ini. Setuju dengan kata-kata ustz..."Abang Man memang dah lulus..tapi sekadar kita ada transkrip peperiksaan sahaja...kita x boleh untuk buat apa2...Betul tu ustz...mana tahu, suatu masa nanti tiba2 ada peluang dan rezeki..dan pada masa perlukan sekeping kertas yang bernama Ijazah Sarjana aka Master...dan sudah semestinya aku rasa berjuta-juta kekesalan yang dah x berguna lagi...terima kasih ustz, terima kasih isteriku, terima kasih rakan2, terima kasih Prof (penyelia aku ang terbaik), terima kasih En. Hazni (FPTV) dan paling utama Terima Kasih Allah..kerana memberikan aku kekuatan untuk menempuhi segala-galanya.