/* ini adalah untuk memasukkan google analytic* line 453/

Tuesday, March 17, 2015

Hari ini aku menjemput along selepas pergi melawat ke rumah anak muridku, Lily yang telah kematian bapanya.  Lily sebenarnya baru 3 minggu berpindah masuk ke kelas 5 Cerdas.  Sebelum ini Lily bersekolah di sebuah sekolah di Perak.  Di sini aku tidak mahu menceritakan tentang lebih lanjut mengenai Lily. Bak kata pepath, 'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'. Cuma aku doakan yang terbaik buat Lily dan semoga roh ayahnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin.

Berbalik tentang along tadi, kubawa along ke rumahku.  Selepas itu kami sekeluarga bersama along pergi ke bandar Batu Pahat bagi membantu along menyelesaikan beberapa masalah tentang hal-hal yang berkaitan dengan KWSP dan ASBnya.   Alhamdulilah semuanya dipermudahkan dan selesai seperti mana yang telah dirancang.

Sebagai mana yang telah dirancang, program kami seterusnya adalah untuk pergi berkelah bersama Uda di Gunung Belumut.  Kami bertolak ke rumah Uda sekitar pukul 8 malam dan tiba di rumah Uda pukul 9.30 malam.  Kedatangan kami memang ditunggu oleh Uda dan Tira.  Kami sempat makan malam berlaukkan labu masak lemak, ikan goreng dan sambal belacan.  Walau sungguh simple tapi sungguh menyelerakan.

Selepas makan makan, kami berehat seketika sambil menonton tv. Setelah itu kami terus tidur kerana keesokkan paginya kami akan ke Gunung Belumut.


Setelah solat subuh dan bersarapan, kami mula memulakan langkah untuk berkelah di Gunung Belumut. Nampakkan pintu pagar rumah Uda dan terbuka....menunggu masa untuk berkonvoi ke Gunung Belumut.