/* ini adalah untuk memasukkan google analytic* line 453/

Thursday, December 31, 2009

Tahun Baru 2010

Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua pengunjung/pembaca blog 'Tentang Aku'. Semoga tahun 2010 memberi rahmat kepada semua. Sebagai pembuka tirai 2010, aku sepertimana ibu bapa yang lain mulai sibuk menguruskan hal-hal persekolahan anak-anak. Tambahan aku dan anak-anak masih belum biasa dengan keadaan di sekolah baru. Seawal pagi jam 7.30, aku telahpun berada di pekarangan SK Peserian. Aku memang sengaja datang awal ke sekolah itu adalah untuk memberi penerangan dan panduan kepada anakku, Farhanny, tentang sekolah barunya. Mula-mula aku tunjukkan bilik darjahnya. Farhanny di tempatkan ke dalam kelas 4 Ibnu Khaldun. Selepas itu aku tunjukkan di mana kantin, tandas, pejabat dan sebagainya. Akulah orang pertama yang menanti giliran untuk membuat pembayaran yuran. Setelah memperkenalkan diri kepada guru kelasnya ( Pn. Hasleena) dan selesai membuat pembayaran aku pulang ke rumah untuk membawa Ezzaty ke SMK Dato Onn pula. Setelah sampai di SMK Dato Onn aku terus ke pejabat untuk bertanyakan di kaunter mana aku perlu mendaftar dan membuat pendaftaran. Semasa berjalan masuk tadi, aku ada membaca pandu arah untuk mendaftar. Kaunter pendaftaran di buka mengikut sekolah asal di Tahun 6. Memandangkan Ezzaty sememangnya telah ditawarkan Kelas Rancangan Khas oleh PPD Pasir Gudang maka aku juga memohon penempatan setara di SMK Dato Onn. Setelah bercakap dengan guru yang berkenaan, rupa-rupanya pendaftaran pelajar KRK di SMK Dato Onn dibuat pada hari esok (Sabtu). Perggh...buat penat aje...aku berkejar-kejar dari SK Peserian ke SMK Dato Onn. Setelah itu aku pun pergi bertugas ke SK Pt Nawi. Aku sampai di SK Pt Nawi jam 10 am. Hanya satu masalah yang tinggal iaitu di mana sekolah Harrith. Sebenarnya aku nak sekolahkan Harrtih di Pra SK Pt Nawi tapi dia tak nak ikut dan payah nak bangun awal pagi manakala aku pula terpaksa pergi sekolah awal pagi. Farhanny tidak jadi masalah kerana sekolah dia bermula pada pukul 7.15 am. Jadi, sekoklah Harrith aku KIV dulu. Itulah kisah aku pada hari pertama tahun 2010.

Tuesday, December 29, 2009

Mesyuarat/Taklimat Awal Tahun Persekolahan 2010


Pada pagi ini aku menghadiri mesyuarat/taklimat awal tahun persekolahan 2010. Pada masa inilah aku dapat menatap wajah dan mengenali semua rakan atau ahli keluarga SK Parit Nawi termasuk GPK dan Guru Besar. Tidak keterlaluan kami di sini lebih bersikap kekeluargaan. Pada masa ini juga, aku menerima jadual waktu mengajar. Aku terkejut jugak kerana aku hanya mendapat 19 waktu mengajar sahaja. Matapelajaran teras yang aku ajar hanyalah Matematik Tahun 1 sahaja. Yang lainnya adalah PJ. Aku bersyukur kerana walaupun sekolah ini kecil tapi guru amat mencukupi. Bilangan murid keseluruhan adalah 193 orang sahaja. Aku tidak lagi menjadi guru kelas. Aku berazam untuk memberi sumbangan dan menjadi guru terbaik di sekolah ini.

Sunday, December 27, 2009

Bertugas Di Sekolah Baru


Hari ini merupakan hari pertama aku bertugas di sekolah baru. Bermacam-macam perasaan yang bermain di fikiranku. Maklumlah dalam suasana yang baru. Setelah bersarapan aku memulakan perjalanan aku ke sekolah dengan hanya menaiki motosikal. Tepat pukul 7.29 am aku telahpun sampai. Aku adalah orang yang pertama sampai di sekolah. Memang sengaja aku datang awal. Kehadiranku diikuti oleh pekerja-pekerja am. Sempat bersembang dengan mereka. Pukul 8 pagi barulah pejabat di buka. Sesi persekolahan yang baru ini, rupanya kebanyakkan staf-staf adalah orang baru. Setelah itu seorang demi seorang guru lama datang dan kami berkenalan. Mereka menyambut aku dengan baik sekali. Aku rasa sungguh selesa dan gembira. Aku teringin nak hantar kedua-dua anak aku belajar di sekolah yang aku rasakan sungguh ceria dan kondusif.