Friday, March 29, 2024
Creative Fabrica Studio- Dunia Grafik PERCUMA
Jangan cari lagi!
Anda tidak perlu menunggu untuk menjadi pakar grafik.
Posted by rmanrbu at 9:35 PM 0 comments
Thursday, May 18, 2017
Jom Meracun Rumput
Hari ini cuaca memang agak elok. Aku sememangnya mengharapkan cuaca sebegini kerana rumput-rumput sekeliling rumahku sudah semakin meliar. Maklumlah, sebelum ini cuaca asyik hujan je. Aku terpaksa menggunakan mesin pam biasa memandangkan mesin penyembur racun bermotor tu ada masalah.
Posted by rmanrbu at 10:04 PM 0 comments
Tanahku..Tanah Isteriku..
Alhamdulilah...Urusan pindah milik tanah atas namaku telah pun selesai. Semalam aku telahpun mengambil geran tanah tersebut di Pejabat Tanah Daerah Batu Pahat. Walaupun tidak seluas mana, namun kepuasan kerana sempat juga membeli tanah kosong untuk hari tua sebagai kenang-kenangan. Yang menariknya, sebidang tanah ini juga terdapat nama isteriku. Separuh bahagian milik isteriku dan separuh lagi milik aku. Kira macam tanah itu milik kami bersama.
Posted by rmanrbu at 9:47 PM 0 comments
Friday, March 31, 2017
Assalamuaikum semua...Hari ini terasa ingin memblog...Lagipun ada bahan nak dipostkan di sini..Kali ini hendak berkongsi cerita tentang pengalaman saya menyawit dengan menggunakan gerabak. Ya...baru ambil gerabak tersebut semalam di bengkel Wahid. Wahid ini memang mekanik aka jurutera gerabak. Semua jenis gerabak dan seumpamanya dia boleh bikin. Gerabak hasil ciptaan dia selalu menang dalam pertandingan lumba gerabak yang diadakan pada setiap tahun. Tapi di sini bukan saya hendak bercerita pasal gerabak wahid..tapi tentang gerabak saya..Sebenarnya gerabak ini saya gunakan untuk membawa keluar buah sawit dari kebun yang tidak seberapanya. Gerabak terpaksa digunakan memandang pokok sawit sudah memula membesar serta mengeluarkan hasilnya. Bagi mereka yang sudah biasa dengan gerabak memang tidak menjadi masalah mengendalikannya. Tapi bagi saya yang pertama kali membawanya...memang merupakan pengalaman yang cukup menarik dan seronok. Kerja-kerja membawa keluar buah sawit pun jadik mudah.
Posted by rmanrbu at 12:17 AM 0 comments
Tuesday, August 23, 2016
Hari ini aku nak ceritakan pasal..kononnya aku ada hutang tertunggak dengan Bendahari UTHM...Yelar...selagi kita nie masih berhutang dengan pihak universiti...selagi itu kita x boleh konvo..Akhirnya setelah aku mengemukan segala dokumen dan bukti pembayaran..so hari ini...aku skrinsyot web epayment aku ..
Posted by rmanrbu at 1:23 AM 0 comments
Friday, August 19, 2016
Posted by rmanrbu at 9:46 PM 0 comments
Saturday, May 23, 2015
Aktiviti Sebelum Cuti Sekolah
Cuti sekolah pertengahan tahun hampir bermula. Diri aku terasa amat letih dan stress. Almaklumlah sejak dua minggu lalu sudah dibebani dengan pelbagai tugasan yang rutin dan bukan rutin. Bermula 11 Mei hingga 14 Mei merupakan minggu peperiksaan peperiksaan pertengahan tahun. Minggu nie memanglah tiada PdP tetapi selepas itu aku terpaksa menyiapkan diri untuk menanda kertas-kertas jawapan peperiksaan. Hurm.....aku mengajar 4 kelas....Tahun 6B, 5B, 4A dan 2A. Untuk murid-murid Tahap 2, Matematik ada 2 kertas. Manakala untuk tahun 6B aku juga mengajar subjek Pendidikan Jasmani. Secara puratanya setiap kelas ada 25 orang, maka boleh tahan juga hendak kena menanda...Khabarnya keputusannya perlu di key-in sebelum cuti sekolah.
18 Mei pula aku dikehendaki menghadiri taklimat penandaan ketas 2 Matematik di SK Ismail 2, Muar.
20 Mei hingga 21 Mei pula aku perlu menghadiri kursus Penyebaran KSSR Matematik Tahun 6
23 Mei aku pula berada di Dewan SK Bukit Pasir kerana menghadiri taklimat mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21. Petangnya pula aku dan abah pergi berjumpa iman Masjid Nurul Huda, di Parit Ibrahim, Bagan kerana urusan upah haji arwah emak.
Selesai urusan tersebut, Ezzaty telefon suruh jemput dia di Giat Mara, Sarang Buaya setelah mengikuti rombongan Giat Mara di Umang-umang, Melaka.
Sebelah malam pula, aku sudah merasakan stress dan mengalami migrain...sebab banyak kerja yang belum diselesaikan terutama penandaan kertas peperiksaan.
Nasib baik pagi tadi GB maklumkan program Bicara Pendidikan bersama ibu bapa murid Tahun 6 yang sepatutnya diadakan pada 25 Mei ditangguhkan. Kalau hendak diikutkan, minggu ini kumplan kami bertugas dan aku kena berucap di perhimpunan mingguan namun memandangkan kumpulan kami telahpun bertugas pada minggu ke-16 mengganti kumpulan tersebut ramai yang terlibat dalam sofbol. Jadi, untuk minggu ke-19 kumpulan yang bertugas adalah kumpulan minggu ke-16.
Hari ini aku rancang hendak pergi ke Majlis Agama Batu Pahat..Nak ambil borang permohanan....Bukan permohonan nikah lagi...tapi bantuan yang baitulmal bagi untuk anak-anak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti.
Posted by rmanrbu at 9:34 PM 0 comments